Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V akan memiliki sensor utama 50MP dan skrin paparan boleh lipat 120Hz

Honor Magic V akan memiliki sensor utama 50MP dan skrin paparan boleh lipat 120Hz 1

Honor Magic V akan memiliki sensor utama 50MP dan skrin paparan boleh lipat 120Hz 2
Leaker yang dipercayai iaitu @DigitalChatStation telah mendedahkan beberapa spesifikasi utama Honor Magic V yang merupakan telefon pintar foldable pertama daripada Honor.

Menurut post terbaru leaker ini di Weibo, Honor Magic V akan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1 bersama-sama generasi terbaru Android iaitu Android 12.

Dalam pada itu, Honor Magic V juga akan menyokong pengecasan pantas 66W dan terdapat juga sensor utama 50MP.

Honor Magic V akan memiliki sensor utama 50MP dan skrin paparan boleh lipat 120Hz 3

Selain itu, Honor Magic V juga dikatakan akan menyokong kadar segar semula yang tinggi pada kedua-dua skrin iaitu 120Hz pada paparan utama dan 90Hz pada paparan luar.

Selain itu, posting ini juga menjelaskan bahawa spesifikasi ini adalah berdasarkan reka bentuk prototaip dan tertakluk kepada perubahan sebelum produk dimuktamadkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.