Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite – Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 1

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 2Pengenalan

Xiaomi telah melancarkan Redmi Watch 2 Lite beberapa bulan lalu sebagai sebuah jam pintar mampu milik dengan pelbagai spesfikasi dan ciri yang menarik.

Redmi Watch 2 Lite telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal Disember pada harga RM 249 iaitu hampir 12 bulan selepas pelancaran Redmi Watch Lite.

Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat apa yang mampu ditawarkan oleh jam pintar terbaru Xiaomi dibawah jenama Redmi ini.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 3

Apa yang ada didalam kotak

Redmi Watch 2 Lite tampil dengan kotak pembungkusan yang sangat premium dengan warna hitam sepenuhnya dan didalam kotak anda akan menemui seutas jam Watch 2 Lite, kabel pengecasan magnetik dan buku manual pengguna.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 4

Pairing kali pertama – boleh diguna bersama peranti Android atau iOS

Redmi Watch 2 Lite adalah sebuah jam yang boleh digunakan bersama peranti Android atau iPhone dan anda hanya perlu memuatnaik aplikasi Xiaomi Wear Lite yang tersedia didalam stor aplikasi Google Play Store dan Apple App Store. Kod QR untuk muat naik aplikask ini juga akan dipaparkan pada jam selepas anda menghidupkanya buat kali pertama.

Selepas memuatnaik, pastikan anda membuka sambungan Bluetooth pada telefon pintar dan buka aplikasi Xiaomi Wear Lite.

Cipta profil anda sebelum menyambungkan jam ini ke akaun anda dibahagian device > add device > Redmi Watch 2 Lite. Lakukan proses pairing ini sehingga selesai.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 5
Reka Bentuk

Redmi Watch 2 Lite mempunyai banyak persamaan dengan Xiaomi Watch Lite yang mana ianya tampil dengan reka bentuk segi empat dan skrin paparan TFT LCD namun Watch 2 Lite tampil dengan saiz paparan yang lebih besar berbanding Xiaomi Watch Lite.

Redmi Watch 2 Lite hadir dengan paparan LCD berukuran 1.55-inci dengan kadar nisbah skrin kepada rangka adalah 50.47%

Unit ulasan kami tampil didalam warna hitam dimana chasis jam ini mempunyai kemasan hitam matte bersama satu butang fizikal pada sisi kanan jam.

Chasis jam berukuran 41mm ini juga dipadankan dengan tali jam TPU yang mempunyai kemasan yang lembut dan amat selesa untuk dipakai sepanjang hari dan juga ketika melakukan aktiviti kecergasan.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 6

Redmi Watch 2 Lite juga hadir dengan pensijilan kalis air 5ATM yang bermaksud anda boleh memakai jam ketika mandi mahupun berenang.

Aplikasi Xiaomi Wear Lite juga menyediakan pelbagai pilihan watch faces yang menarik untuk anda muat turun secara percuma namun tiada sokongan AOD memandangkan ianya adalah paparan TFT LCD (ada ciri raise to wake).

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 7

100+ mod sukan dan GPS terbina

Redmi Watch 2 Lite tampil dengan sokongan 100+ mod sukan yang sudah pastinya adalah berita baik bagi penggemar aktiviti kecergasan.

Sebanyak 17 aktiviti sukan boleh di pra-tetap pada jam manakala selebihnya boleh di tambah melalui tetapan pada aplikasi Xiaomi Wear Lite atau terus pada jam di bahagian Workout. Antara aktiviti popular yang boleh anda lakukan adalah bola sepak dan sepak takraw.

Fungsi mod sukan ini adalah Redmi Watch 2 Lite akan merekod data kecergasan seperti jumlah kalori yang dibakar, kadar degupan jantung, lokasi GPS (untuk larian dan banyak lagi) dan banyak lagi.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 8

Bacaan Heart Rate 24/7

Walaupun dikategorikan sebagai jam pintar entry-level, Redmi Watch 2 Lite menampilkan ciri wajib yang mesti dimiliki oleh sebuah jam pintar atau jam kecergasan iaitu bacaan kadar degupan jantung.

Ciri bacaan kadar degupan jantung pada Redmi Watch 2 Lite boleh ditetapkan untuk merekodkan kadar degupan jantung sepanjang hari mengikut kala yang anda perlukan namun lebih kerap ianya mengukur, lebih cepat bateri akan habis.

Kami mendapati bacaan kadar degupan jantung daripada Redmi Watch 2 Lite adalah sedikit tidak konsisten berbanding peranti kecergasan lain yang kami uji namun bacaan ketika tidur dilihat lebih tepat.

Selain itu, Redmi Watch 2 Lite juga memberikan amaran kadar degupan jantung yang tinggi dan rendah apabila ianya mencapai had jumlah bacaan yang tetapkan.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 9
Bacaan Sp02

Bacaan SpO2 atau kadar oksigen dalam darah adalah satu ciri penting pada waktu ini iaitu ketika dunia masih sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Bacaan SpO2 adalah sangat penting kerana ianya menunjukkan peratusan oksigen dalam darah yang boleh memberikan petunjuk anda tahap kesihatan seseorang.

Ramai penghidap COVID-19 mempunyai tahap oksigen yang rendah dalam darah mereka, walaupun ketika mereka berasa sihat. Tahap oksigen yang rendah boleh menjadi tanda amaran awal bahawa rawatan perubatan diperlukan.

Anda boleh menetapkan bacaan kadar SpO2 setiap 30 minit atau setiap 10 minit.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 10
Notifikasi

Sebagai sebuah jam pintar, Redmi Watch 2 Lite juga menawarkan sokongan penghantaran notifikasi dari telefon pintar.

Kami menerima notifikask dari pelbagai aplikasi yang ada dan ianya kelihatan telah dioptimasi dengan baik tanpa sebarang cacat cela.

Walaubagaimanapun anda tidak dapat melakukan sebarang interaksi pada notifikasi yang dipaparkan pada jam sebaliknya hanya boleh lihat dan baca.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 11
Ciri Shutter Kamera

Redmi Watch 2 Lite juga boleh berfungsi sebagai butang kamera shutter yang membolehkan anda memgambil gambar tanpa perlu tekan pada aplikasi kamera namun ciri ini tidak memberikan sebarang viewfinder pada jam (apabila digunakan bersama peranti iOS) yang bermaksud fungsinya sedikit terhad.

ULASAN : Xiaomi Redmi Watch 2 Lite - Jam Pintar Bajet dengan pelbagai ciri premium 12
Penutup

Redmi Watch 2 Lite terbukti sebagai sebuah jam pintar bajet yang sangat lengkap dengan harga yang amat berbaloi.

Ianya menawarkan pelbagai fungsi sebuah jam pintar yang setaraf jam pintar premium dipasaran walaupun terdapat kekurangan.

Anda boleh mendapatkan Redmi Watch 2 Lite pada harga RM 249 di Shopee, Lazada dan stor fizikal Mi di seluruh Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.