Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Prototaip Samsung Galaxy S22 Ultra di kesan – varian 1TB mungkin ditawarkan


Kita kini di ambang tahun 2022 yang bakal menjelma didalam masa beberapa hari sahaja lagi dan ini bermaksud kitaran pelancaran telefon pintar akan bermula semula.

Seperti biasa Samsung merupakan antara syarikat gergasi yang akan melancarkan telefon pintar flagship Galaxy S Series pada awal tahun dan kita akan menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy S22 Series yang telah lama diperkatakan.

Sehubungan dengan itu, beberapa gambar model prototaip Samsung Galaxy S22 Ultra telah mula berlegar di Internet dan ianya sedikit sebanyak memberikan kita petunjuk mengenai reka bentuk telefon pintar ini.

Gambar Samsung Galaxy S22 Ultra yang ditunjukkan ini adalah didalam warna Silver dan terdapat juga slot S-Pen namun reka bentuk kamera dilihat tidak begitu tepat.

Selain itu, Samsung Galaxy S22 Ultra ini juga dijangka akan hadir didalam varian 1TB yang merupakan model pertama Samsung dengan 1TB storan selepas Galaxy S10+ pada tahun 2019.

Pelancaran Samsung Galaxy S22 Series akan berlangsung sekitar bulan Januari atau Februari 2022 dan terdapat juga kemungkinan Samsung Galaxy S22 Ultra dikenali sebagai Galaxy S22 Note.

Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilancarkan sebagai Samsung Galaxy S22 Note

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.