#ThereIsHelp: Twitter melancarkan notifikasi carian khusus HIV
Twitter telah melancarkan notifikasi khusus #ThereIsHelp untuk pengguna Twitter yang memerlukan maklumat mengenai HIV yang tersedia di kawasan Amerika Latin dan Asia Pasifik: Amerika Syarikat, Brasil, Filipina, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Thailand. Notifikasi khusus ini akan memberikan sumber maklumat HIV yang bermanfaat dan boleh dipercayai, dan juga mendorong orang untuk mencari bantuan ketikamereka memerlukannya.
Pada saat ini, notifikasikhusus #ThereIsHelp tersedia untuk kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri, vaksinasi, eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, COVID-19, keganasanterhadap wanita, dan kebebasan bersuara; ciri ini merupakan usaha kami untuk memberikan akses kepada maklumat dan autoriti yang terpercaya mengenai kesihatan masyarakat.
Apabila orang ramai mencari kata kunci yang dikaitkan dengan HIV, hasil carian yang tertinggi kini akan menyertakan notifikasi dalam bahasa tempatan, menggalakkan mereka untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai dan juga sumber bantuan — sama ada di laman web atau talian nombor pihak berkuasa kesihatan awam tempatan atau badan bukan kerajaan (NGO).
Twitter akan terus bekerjasama rapat dengan pihakberkuasa kesihatan awam dan NGO terkemuka yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kecemasan, ujian, sokongan emosi, dan kaunseling kritikal untuk memastikan kata kunci notifikasi khusus ini kekal relevan.
Beberapa kata kunci yang digunakan termasuk tetapi tidak terbatas kepada: