Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V23e 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Disember ini


vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V23e 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Disember ini.

Dalam pada itu, vivo V23e 5G dan vivo V23e juga telah dikesan di pangkalan data SIRIM dibawah nombor model V2116 (V23e) dan V2126 (V23e 5G).


Buat masa ini tidak ada sebarang maklumat mengenai vivo V23e 5G dan vivo V23e diketahui namun ianya akan hadir didalam dua warna iaitu Moonlight Shadow dan Sunshine Coast.

Selain itu, vivo Malaysia juga telah mengesahkan bahawa vivo V23e 5G akan memiliki kamera selfie 44MP, reka bentuk ultra-slim glass dan tetapan tiga kamera dibelakang.

Maklumat lanjut mengenai vivo V23e dan vivo V23e 5G boleh diketahuiFacebook vivo Malaysia di laman rasmi vivo.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.