Xiaomi 12 Series akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen1 dan sensor utama 50MP
Telefon pintar flagship Xiaomi iaitu Xiaomi 12 Series akan dilancarkan sebelum penghujung tahun ini dan Digital Chat Station telah mengeluarkan maklumat mengenai tetapan kamera yang akan ditawarkan pada telefon pintar ini.
Xiaomi 12 dijangka akan hadir dengan kamera utama 50MP yang dijangka akan tampil dengan saiz sensor yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini.
Selain daripada itu, Xiaomi 12 juga dikatakan akan kembali menggunakan skrin paparan FullHD+ pada model Xiaomi 12 manakala Xiaomi 12 Pro akan hadir dengan panel QHD+ manakala reka bentuk juga tidak begitu berubah.
Selain itu, Xiaomi 12 Series juga dijangka akan tampil teknologi pengecasan pantas Xiaomi HyperCharge 100W yang telah ditawarkan pada Xiaomi 11T Series.
Cip pemprosesan yang akan digunakan pada Xiaomi 12 Series adalah Snapdragon 8 Gen1 yang merupakan nama baharu bagi cip flagship keluaran Qualcomm dan ianya telah disahkan akan dilancarkan pada 30 November ini.
Qualcomm mengesahkan cip flagship mereka akan dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen1
Selepas itu, Xiaomi dijangka akan mula bersiap sedia untuk melancarkan telefon pintar flagship 2022 mereka.