Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y76 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja

Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan satu peranti mid-ranger didalam vivo Y Series yang popular iaitu vivo Y76 5G.

Vivo Y76 5G adalah sebuah telefon yang hadir dengan reka bentuk yang elegan dengan ketebalan hanya 7.79mm – tidak mengambil kira modul kamera dan berat sekitar 175 gram.

Selain itu, Vivo Y76 5G hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.58-inci, pemproses 7nm MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM dengan teknologi Extended RAM 2.0 yang memberikan tambahan 4GB RAM virtual dan 128GB storan dalaman.


Beralih kepada kamera, Vivo Y76 5G menampilkan tiga sensor kamera dibelakang iaitu satu sensor 50MP bersama-sama sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Pada bahagian bateri, Vivo Y76 5G menampilkan bateri berkapasiti 4,100mAh yang turut membawakan sokongan pengecasan pantas 44W FlashCharge.

Vivo V76 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Midnight Space and Cosmic Aurora pada harga RM 1,299.

Pra-tempahan

Vivo Y76 5G kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 26 November ini di semua stor konsep wakil pengedar rasmi,  E-store, dan stor flagship di Shopee dan Lazada.

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 587 yang termasuk rebat tunai RM 50, set pewangi Vanzo bernilai RM 138, 1 tahun waranti tambahan dan 1 tahun waranti skrin retak bernilai RM 399.

Selain itu, vivo juga telah mengumumkan bahawa jualan rasmi akan bermula pada 27 November dengan hadiah percuma yang sama kecuali rebat tunai bernilai RM 50.

Anda juga boleh menebus Mobile Legends skin bernilai RM 55 secara percuma dengan pembelian Vivo Y76 5G.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.