Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja

Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja 1

Jabra secara rasminya telah mengumumkan empat produk TWS  Jabra Elite yang baharu – iaitu Elite Pro, Elite Active dan rangkaian teras Elite.

4 produk Jabra yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebentar tadi adalah Jabra Elite 7 Pro, Jabra Elite 7 Active, Jabra Elite 3 dan Jabra Elite 2 yang ditawarkan pada harga serendah dari RM 299 sahaja.

Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja 2

Ciri-ciri utama dan spesifikasi Jabra Elite 7 Pro:

Jabra MultiSensor VoiceTM untuk audio gred profesional
ANC boleh laras untuk pengalaman bunyi yang benar-benar imersif
Tempoh penggunaan tanpa henti selama 9 jam dengan ANC, 35 jam dengan bekas pengecas
Nilai ketahanan IP57
BT ver. 5.2
Menggunakan sama ada fon telinga & pelbagai sambungan (menerusi naik taraf)
Alexa terbina dalam, Siri dan Google Assistant* (Android sahaja)
Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja 3
Jabra Elite Active 7

Jabra Elite 7 Active tampil dengan teknologi
MultisensorVoice, versi Active ini juga menampilkan pengalaman berkualiti tinggi yang sama seperti Elite 7 Pro, dengan empat mikrofon terbina dalam bagi teknologi panggilan dan dua lagi mikrofon tambahan untuk disesuaikan dengan pengguna serta ANC yang boleh dilaraskan.

Di samping itu, berdasarkan pemahaman Jabra yang unik mengenai telinga, penggunaan getah silikon cecair, dan reka bentuk tanpa sayap, Elite 7 Active tampil dengan  lapisan
ShakeGrip yang direka untuk memberikan padanan yang terbaik walau bagaimanapun pergerakan anda, membawa perubahan dalam cara pengguna bersenam.

Bagi mereka yang ingin aktif ketika berada di luar, jejaring mikrofon menyingkirkan bunyi angin daripada panggilan, manakala audio yang jelas memastikan pengalaman muzik yang hebat semasa bersenam.
Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja 4
Jabra Elite 3 
Jabra Elite 3 adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat, bass yang bertenaga dan panggilan yang jelas pada harga yang lebih rendah.
Melihat kepada jurang yang terdapat di pasaran bagi fon telinga pada harga yang lebih rendah tetapi masih dapat membawakan kualiti bunyi yang hebat, Jabra menggunakan pengalamannya yang luas supaya dapat memberikan kehebatan bunyi kepada semua.
Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja 5
Fon telinga ini direka untuk membawakan muzik yang hebat dengan pembesar suara 6mm dan panggilan yang begitu jelas dengan teknologi panggilan 4 mikrofon, penyama muzik yang termaju dalam kelasnya, di samping audio HD Qualcomm aptXTM dan bateri yang tahan selama tujuh jam (28 jam jika digunakan bersama bekas pengecas).
Fon telinga ini juga menawarkan pengasingan bunyi yang luar biasa dan dengan kepekaan HearThrough, pengguna boleh mendengar bunyi persekitaran mereka.
Jabra Elite 3 juga didatangkan dengan padanan yang selesa yang kekal pada kedudukannya sepanjang hari, rekaan yang bergaya dan rangkaian warna yang baharu termasuklah Dark Grey, Navy, Lilac dan Light Beige.
Jabra Elite 7 Pro, Elite 7 Active, Elite 3 dan Elite 2 kini rasmi dengan harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 299 sahaja 6
Jabra Elite 2

model terakhir dalam rangkaian baharu ini ialah Jabra Elite 2,
sesuai untuk mereka yang menginginkan bunyi yang hebat di mana sahaja, pada harga yang paling rendah di kalangan fon telinga Jabra.
Fon telinga Jabra Elite 2 mempunyai EQ boleh laras dan pengasingan bunyi yang disertakan dengan audio HD Qualcomm aptXTM.

Reka bentuk Jabra yang menonjol juga tidak menjejaskan keselesaan yang terbaik dalam kelasnya dan padanan yang kekal di tempatnya sepanjang hari, dan bunyinya yang bertenaga bukanlah satu-satunya keistimewaan fon telinga Jabra Elite 2.
Dengan teknologi panggilan 2 mikrofon, pengaktifan Alexa serta-merta, main semula Spotify dengan satu sentuhan* dan teknologi Google Fast Pair membolehkan pengguna kekal terhubung sepanjang hari.
Jabra Elite disokong pula oleh perlindungan kalis hujan IP55, fon telinga Jabra Elite 2 terdapat dalam warna kelabu dan biru kelasi dan mempunyai bateri yang tahan selama 7 jam (21 jam jika digunakan bersama bekas pengecas).

*Android sahaja

Harga dan Maklumat Jualan 

Elite 2 dan Elite 3 akan mula memasuki  pasaran mulai bulan September, manakala Elite 7 Pro dan Elite 7 Active akan mula ditawarkan di pasaran dalam Suku ke-4 2021.

Kesemua produk  boleh didapati di cawangan runcit terpilih dan di stor rasmi Jabra di Lazada dan Shopee.

Harga produk tersebut adalah seperti berikut:

Elite 7 Pro – RM999
Elite 7 Active – RM899
Elite 3 – RM389
Elite 2  – RM299
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.