Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Master Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja

realme GT Master Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 5
realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar edisi khas realme GT Master Edition ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,499

realme sekali lagi telah berkerjasama dengan pereka terkemuka Jepun iaitu Naoto Fukasawa yang mana pada edisi kali ini tampil dengan reka bentuk yang berinspirasikan suitcase dengan kulit 3D Vegan.

realme GT Master Edition hadir dengan pemproses Snapdragon 778G, skrin paparan AMOLED 120H berukuran 6.43-inci, 8GB RAM dan  storan dalaman sehingga 256GB.

Selain itu, realme GT Master Edition juga hadir dengan sensor tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie  adalah 32MP.

Beralih kepada bateri , realme GT Master Edition hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart.

realme GT Master Edition akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Voyager Grey, Luna White dan Cosmos Black.

realme GT Master Edition akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia mulai 9 September ini secara eksklusif di Lazada pada harga istimewa sempena jualan pertama iaitu hanya RM 1,399 sahaja.

realme GT Master Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,499 sahaja 6

Selain itu, realme juga menawarkan realme GT Master Edition didalam kapasiti 8GB RAM dan 256GB storan dalaman pada harga RM 1,699 dan setiap pembelian varian ini akan turut menerima soundar bernilai RM 129 secara percuma.

beli realme GT Master Edition di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.