Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

FavePay lancar kod QR DuitNow – sokongan pembayaran digital yang lebih menyeluruh

FavePay lancar kod QR DuitNow - sokongan pembayaran digital yang lebih menyeluruh 1

FavePay lancar kod QR DuitNow - sokongan pembayaran digital yang lebih menyeluruh 2
A
plikasi pembayaran pintar di Asia Tenggara, Fave telah menyertai Platform Pembayaran Runcit Masa Sebenar (RPP) dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) untuk menawarkan DuitNow QR, yang merupakan piawaian QR untuk peniaga-peniaga di Malaysia.


Ia berfungsi sebagai kod QR umum bagi menerima bayaran dari semua pengguna yang meliputi 32 bank serta e-dompet dalam ekosistem DuitNow.

Pengenalan DuitNow QR FavePay akan membolehkan pelanggan menggunakan satu kod QR bagi membayar di 20,000 restoran dan peruncit di seluruh negara menerusi aplikasi Fave atau dompet digital, serta aplikasi-aplikasi perbankan mudah alih yang lain.

Pembayaran mudah alih berasaskan QR bukan sahaja telah menjadi aliran utama malah dianggap sebagai alternatif untuk memperoleh wang tunai di Malaysia.

Jadi, pengenalan kod QR DuitNow merupakan satu tonggak penting di platform Fave bagi meningkatkan keselesaan peniaga.

Ia bertujuan meringkaskan landskap pembayaran mudah alih di samping membolehkan pedagang memperoleh akses ke 32 peserta bank dan e-dompet,serta mencegahkebanjirankod QR di kaunter pembayaran.

Langkah ini bukan sahaja menggalakkan pedagang untuk menerima bayaran merentasi pelbagai saluran, bahkan menaik taraf pengesahan dan penyatuan masa sebenar dengan platform FaveBiz.

Bagi pelanggan, peralihan ke kod QR DuitNow akan membolehkan mereka membuat bayaran secara mudah dan pantas menerusi aplikasi perbankan digital dan penyedia e-dompet kegemaran mereka.

Pengguna setia aplikasi Fave juga dapat meraih ganjaran daripada peniaga dan menikmati pulangan tunai sehingga 15%, selain berpeluang menikmati cara pembayaran fleksibel tanpa faedah dengan FavePay Later.

Bagi menikmati lebih bayaran balik tunai dan penjimatan, pelanggan digalakkan untuk menggunakan DuitNow QR FavePay di restoran dan kedai kegemaran mereka.

Untuk lebih banyak ganjaran, muat turun aplikasi Fave: https://myfave.com/download.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.