Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad 11 disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Julai ini

HUAWEI MatePad 11 disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Julai ini 1

HUAWEI MatePad 11 disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Julai ini 2

HUAWEI secara rasminya telah mengesahkan bahawa tablet HUAWEI MatePad 11 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Julai ini

HUAWEI MatePad 11 telah dilancarkan bersama-sama HUAWEI MatePad Pro 12.6 dan MatePad 10.8 di pelancaran HarmonyOS bulan lalu dan merupakan satu-satunya model yang menampilkan skrin paparan 120Hz.

HUAWEI MatePad 11 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.95-inci iaitu panel IPS LCD dengan resolusi  2,560 x 1,600 dan kadar segar semula 120Hz.

Tablet ini juga menggunakan cipset daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 865, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, HUAWEI MatePad 11 juga hadir bateri berkapasiti 7,250mAh yang menyokong pengecasan pangas 22.5W dan tablet ini juga mempunyai sokongan untuk HUAWEI M-Pencil 2 serta Smart Magnetic Keyboard khas untuk model ini (mungkin ditawarkan secara bundle).

Selain HUAWEI MatePad 11, HUAWEI juga mengesahkan penawaran 4 model komputer riba iaitu MateBook D15 i5 (Gen-10), MateBook D15 i5 (Gen-11), MateBook 14 (AMD Ryzen 4000 H) dan HUAWEI D14 i3 (Gen-10).

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.