HUAWEI 6.6 Mid-Year Deals : Nikmati Diskaun Hebat dan Hadiah Percuma Pada 4 hingga 6 Jun ini
HUAWEI Malaysia telah mengumumkan satu kempen jualan pertengahan tahun (HUAWEI 6.6 Mid-Year Sale) yang akan berlangsung dari 4 hingga 6 Jun ini.
Kempen jualan ini membolehkan anda memiliki produk-produk hebat daripada HUAWEI pada harga yang berpatutan serta membawa pulang hadiah percuma yang terhad dengan pembelian di HUAWEI Online Store, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan stor HUAWEI Flagship di Lazada.
Selain itu, HUAWEI juga telah mengumumkan penimbang pintar yang baharu iaiti HUAWEI Scale 3 akan mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 99 (RRP 149). Maklumat lanjut mengenai HUAWEI Scale 3 boleh diketahui di SINI
Jualan Kilat
Jualan Kilat ini akan berlangsung di HUAWEI Online Store, Shopee pada 6.6.2021 manakala di Lazada akan berlangsung dari 4 Jun hingga 6 Jun 2021 yang memberikan anda diskaun dan hadiah percuma menarik.
Produk-produk mesti beli HUAWEI ini ditawarkan dengan diskaun dan hadiah percuma yang mana ianya berlangsung pada tarik dan platform yang sama seperti Jualan Kilat.
HUAWEI juga menawarkan diskaun serta merta bernilai RM 68 bagi pembelian HUAWEI FreeBuds Pro dan HUAWEI Watch Fit yang menjadikan harga selepas diskaun bagi kedua-dua produk ini adalah RM 631 (RRP 699) dan RM 431 (RRP 499).
Diskaun ini boleh dinikmati di Shopee & Lazada pada 4-6 Jun dan di HUAWEI Online Store pada 6 Jun sahaja.
HUAWEI juga telah mengumumkan bahawa HUAWEI MatePad T10 dan HUAWEI WiFi AX3 Dual Core akan ditawarkan didalam satu promosi bundle yang ditawarkan pada harga RM 699 sahaja iaitu penjimatan 30% berbanding harga asal RM 998.