Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ShopeePay catat 500,000 tuntutan eBelia pada hari pertama penebusanan – ganjaran tambahan sehingga RM 500 turut ditawarkan

ShopeePay catat 500,000 tuntutan eBelia pada hari pertama penebusanan - ganjaran tambahan sehingga RM 500 turut ditawarkan 5
ShopeePay
 telah mencatat kira-kira 500,000 tuntutan untuk kredit e-dompet bernilai RM150 pada hari pertama pelancaran program eBelia.

Para penuntut yang berjaya bukan sahaja menerima kredit e-dompet RM150 ketika mereka menuntut melalui ShopeePay, malah mereka juga dijamin menerima baucar tambahan bernilai RM500, menjadikan jumlah ganjaran sehingga RM650.

ShopeePay catat 500,000 tuntutan eBelia pada hari pertama penebusanan - ganjaran tambahan sehingga RM 500 turut ditawarkan 6

Baucar-baucar tambahan yang bernilai RM500 ini direka khas untuk menawarkan penjimatan yang lebih tinggi bagi golongan belia untuk produk seperti alat pembelajaran untuk pelajaran mereka, atau barangan keperluan rumah serta barangan runcit bagi mereka dan seisi keluarga.

Baucar-baucar ini adalah daripada jenama-jenama menarik seperti pengedar sah rasmi Apple, Switch, JBL, MR DIY, Tesco, L’Oreal dan Prabayar YES. Shopee juga akan memberi baucar Penghantaran Percuma, Pulangan Syiling Shopee serta baucar ShopeePay Deals Near Me kepada para belia untuk memberikan nilai yang lebih hebat.

Selain daripada ganjaran tunai lumayan yang akan diberikan, 20,000 penuntut eBelia ShopeePay pertama akan menerima pulangan tunai tambahan sebanyak RM5 dengan pembelanjaan minimum RM10 apabila mereka mengimbas kod QR DuitNow e-dompet atau Bank lain untuk membuat pembayaran.

DuitNowQR, QR Nasional Malaysia yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet) membolehkan pembayaran saling boleh kendali seperti yang diperuntukkan dalam Rangka Kerja Pemindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia.

ShopeePay adalah salah satu e-dompet dan Bank yang mengambil bahagian.

Program eBelia dibuka untuk pendaftaran kepada rakyaMalaysia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021, atau pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.

Untuk menuntut kredit eBelia RM150 melalui ShopeePay dan mendapat baucar tambahan bernilai RM500 yang dijaminlayari https://shopee.com.my/m/ebelia-claim. Tertakluk kepada termadan syarat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.