Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mobile Legends: Bang Bang dan McDelivery umum kerjasama untuk menyajikan ‘meal’ yang epik bagi peminat-peminat MPL Malaysia


Mobile Legends: Bang Bang dan McDelivery hari ini mengumumkan kerjasama baru untuk menyajikan ‘meal’ yang epik bagi peminat-peminat MPL Malaysia.

Peminat berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah ‘in-game items’ yang bernilai lebih USD 11,000.

MPL Malaysia Musim Ke-7  mengumpulkan 10 pasukan terhebat di Malaysia untuk merebut hadiah terkumpul berjumlah USD 100,000.

Ini merupakan kejohanan sulung MPL Malaysia setelah 6 musim bergabung dengan Singapura.

Dua pasukan teratas musim ini akan mewakili Malaysia di peringkat asia tenggara, MSC 2021 Jun nanti.

Saksikan Playoff MPL Malaysia Musim Ke-7 secara langsung pada 28hb hingga 30hb Mei 2021 di YouTube  Mobile Legends: Bang Bang.

Nikmati snek sambil menonton pelawanan e-sukan yang gempak!

Snek terbaik untuk dimakan sewaktu Playoffs MPL Malaysia Musim Ke-7 adalah 6 ketul Chicken McNuggets yang boleh didapatkan secara percuma dengan memasukkan kod promo ‘MPLNUGGETS’ sewaktu pembelian di McDelivery.

Promosi ini akan berlangsung sepanjang 14 – 31 Mei 2021 dan hanya tertakluk untuk pembelian lebih RM50 dalam satu resit.

McDelivery juga akan mengumumkan beberapa giveaway di platform sosial McDonald’s dimana para peminat Mobile Legends: Bang Bang boleh memenangi ‘Skin’ eksklusif dan ‘in-game items’ yang berjumlah USD 11,000. Peminat hanya perlu menyertai peraduan yang mudah di Instagram McDonald’s dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik!

McDonalds percuma bagi MVP!

Bukan sahaja peminat yang bakal memenangi hadiah dari McDonald’s. Malah, pemain terbaik Playoffs (Playoffs MVP) akan memenangi bekalan McDonald’s selama setahun! Bukan itu sahaja, pengulas atau Caster terbaik juga akan membawa pulang baucar McDonald’s berjumlah RM1,000.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.mpl.mobilelegends.com/ atau https://www.mcdonalds.com.my/ .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.