Asus Zenfone 2 Edisi Terhad dan ZenWatch tiba di Malaysia bulan ini
Semasa pelancaran Asus Zenfone Zoom di Malaysia semalam , Asus Malaysia turut mempamerkan Asus Zenfone 2 edisi terhad dan Asus Zen Watch.
Asus Zenfone 2 edisi terhad ini akan mula ditawarkan di Malaysia pada penghujung bulan ini dan ianya akan mempunyai harga penjualan RM 1,799.
Asus Zenfone 2 Edisi Terhad ini hadir didalam reka bentuk dan spesifikasi yang sama seperti Asus Zenfone 2 yang biasa namun dengan beberapa perubahan kosmetik selain UI Zen yang berwarna merah.
Asus Zenfone 2 Edisi terhad ini hadir dengan satu jalur berwarna merah pada keliling panel skrin dan terdapat dua pilihan panel belakang iaitu panel hitam seperti gentian karbon manakala satu lagi hadir dengan reka bentuk kristal poligon berwarna perak.
Selain itu, Asus Zenfone 2 edisi khas ini turut hadir dengan memori simpanan dalaman 128GB.
Beralih kepada satu lagi peranti yang dipamerkan semalam iaitu Asus Zen Watch, jam pintar yang hadir dengan sistem operasi Android Wear akan mula dijual di Malaysia pada penghujung bulan ini namun tiada sebarang maklumat harga penjualan diumumkan.
Asus Malaysia mengatakan harga penjualan Asus Zen Watch akan berada pada harga penjualan yang lebih kurang seperti Apple Watch.
Asus Malaysia juga mengesahkan bahawa kesemua variasi jam pintar ini tidak akan memasuki pasaran tempatan sebaliknya hanya 4-8 variasi yang meliputi pengguna lelaki dan wanita akan dibawa masuk.
Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia teknologi melalui laman Facebook MobileFokus, terima kasih.