Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Band Z1 kini di Malaysia – RM 259

honor-band-z1

Jam pintar Honor Band Z1 kini secara rasminya telah mula ditawarkan di pasaran Malaysia dan akan mempunyai harga penjualan yang sangat berpatutan iaitu hanya RM 259 termasuk GST.

Honor Band Z1 ini hadir skrin paparan OLED, pemproses Cortex M4 STM32F411, 128 KB RAM, memori 512 KB, bateri berkapasiti 70mAh yang mampu menawarkan 3 hari pengunaan (dengan pengecasan pantas).

Selain itu, Honor Band Z1 mempunyai fungsi untuk merekod kualiti tidur, mengesan aktivit harian seperti pembakaran kalori dan jumlah langkah, notfikasi panggilan dan mesej. Selain itu, terdapat lagi fungsi yang hanya ditawarkan pada peranti iOS iaitu fungsi sebagai alatan kawalan untuk mengambil gambar dan mencari telefon.

Huawei Honor Band Z1 ini boleh digunakan pada peranti Android dan peranti iOS yang pasti disambut baik oleh pengguna.

Honor Band Z1 ini mempunyai jangka hayat bateri sehingga 14 hari dan hadir dengan pengecasan magnetik.

Penjualan kilat pertama Honor Band Z1 ini akan bermula pada 19 Januari dan tepat pada pukul 3.08 petang. Honor Band Z1 ini akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna putih, hitam dan warna krim.

Harga penjualan Honor Band Z1 iaitu RM 259 adalah sangat berpatutan dan kami pasti ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan lebih-lebih lagi kerana jam pintar ini boleh digunakan bersama-sama peranti iOS dan Android.

maklumat lanjut di sini : vmall Malaysia

honor-band-overview-02 honor-band-overview-12 honor-band-overview-14

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.