Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F1 akan dilancarkan di Malaysia 21 Januari 2016

OPPO-F1-Media-Invitation-1

Dua hari lalu, Oppo F1 telah mula ditawarkan di pasaran Vietnam dan kini Oppo Malaysia telah menghantar jemputan ke satu bengkel media eksklusfi bersama Oppo F1.

Majlis ini dijangka akan menjadi pentas pelancaran Oppo F1 di Malaysia dan kami pasti pihak Oppo Malaysia akan mendedahkan harga dan tarikh penjualan model ini di sini.

Oppo F1 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan 720p berukuran 5.0-inci (294ppi) dengan teknologi skrin IPS ini dilindungi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4. Bercakap mengenai pemproses pula, Oppo F1 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 616 berkelajuan 1.7GHz, GPU Adreno 405 dan 3GB RAM.

Beralih kepada kepakaran kamera yang dilihat fokus utama siri F ini, kamera utama Oppo F1 adalah kamera 13MP dengan f/2.2 dan satu flash LED manakala kamera hadapan adalah 8MP dengan lensa f/2.0. selain itu, kamera ini turut hadir dengan perisian kamera yang menawarkan fungsi seperti Beautify 3.0, 8 pilihan warna dan teknologi flash pada skrin untuk pengambilan selfie pada keadaan yang gelap.

Selain itu, Oppo F1 juga hadir dengan memori simpanan dalaman 16GB, sokongan dwi-SIM LTE, bateri berkapasiti 2,500mAh (tiada teknologi bateri VOOC) , Android 5.1 Lollipop dengan Color OS 2.1

Sebagai perbandingan dengan harga di Vietnam, Oppo F1 mempunyai harga penjualan VND 6,490,000 atau sekitar RM 1,296 dan di pasaran Malaysia harga penjualanya juga mungkin berada pada kadar yang sama.

Apa pun kita hanya perlu menunggu selama 7 hari sahaja lagi untuk mendapatkan kesemua maklumat rasmi Oppo F1 ini di Malaysia.

oppo f1 malaysia-12 oppo f1 malaysia-11 oppo f1 malaysia-9 oppo f1 malaysia-8 oppo f1 malaysia-6 oppo f1 malaysia-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.