Jam pintar pertama G-Shock dengan Google WearOS iaitu G-Squad Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 2,900
Pengeluar jam tangan terkemuka Casio telah mengumumkan jam pintar pertama G-Shock yang menggunakan Wear OS iaitu G-Squad Pro GSW-H1000.
G-Shock G-Squad Pro adalah sebuah jam lasak yang menawarkan reka bentuk terkini yang juga penuh dengan ciri sebagai sebuah jam pintar.
G-Shock G-Squad Pro hadir dengan skrin paparan 1.2-inci yang menampilkan dua lapisan skrin iaitu satu panel monokrom always-on diatas panel skrin LCD berwarna.
Bahagian belakang rangka jam pintar lasak ini adalah diperbuat daripada aluminum dan kesemua butang pada jam ini juga diperbuat daripada aluminum.
Selain itu, G-Squad Pro juga membawakan bacaan kadar degupan jantung, SpO2, pengawasan tidur dan tekanan.
G-Squad Pro GSW-H1000 juga mempunyai GPS terbina, kompas dan barometer.
Antara muka Wear OS juga merangkumi beberapa watch cases jam tangan G-Shock yang ikonik serta aplikasi khas Casio untuk data khusus sukan seperti pengukuran ketinggian, grafik pasang surut dan kecerunan jalan.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi G-SHOCK MOVE secara percuma dari Google Play Store dan Apple App Store.
Dalam pada itu, jangka hayat bateri boleh mencapai sehingga 30 hari jika anda menggunakanya didalam paparan monokrom namun ianya menjadi satu setengah hari apabila menggunakan paparan LCD berwarna.
G-Shock G-Squad Pro akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu red, dark blue dan black pada harga $699 (RM 2,900) namun tarikh jualan masih belum diumumkan buat masa ini.