Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro Ultra kini rasmi pada harga sekitar RM 1,513


Selepas pelancaran realme X7 Pro lewat tahun lalu (memasuki Malaysia pada awal bulan Februari), syarikat ini kini telah memperkenalkan satu lagi versi reame X7 Pro iaitu X7 Pro Ultra atau Extreme Edition namun spesifikasi yang ditawarkan tidak setimpal dengan nama Extreme.

Walaubagaimanapun Ultra tidak bermaksud spesifikasi telefon pintar adalah lebih realme X7 Pro.

Sebagai contoh, skrin paparan realme X7 Pro Ultra ini menampilkan panel skrin AMOLED 90Hz dengan sisi melengkung manakala pada X7 Pro, ianya adalah panel AMOLED 120Hz yang rata.

Selain itu, realme X7 Pro Ultra ini juga kehilangan satu sensor berbanding X7 Pro dimana hanya tiga sensor ditawarkan pada telefon pintar baharu ini iaitu sensor utama 64MP, sensor Ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, realme X7 Pro Ultra juga hadir dengan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11 didalam dua konfigurasi iaitu 8/128GB dan 12/256GB.

Selain itu, realme X7 Pro Ultra ini juga mengekalkan bateri 4,500mAh yang menyokonh pengecasan pantas 65W namun pada rangka yang lebih nipis.

Selain itu, realme X7 Pro Ultra juga mengekalkan pengguna cip Dimensity 1000+, kamera selfie 32MP, sensor capjari dalam skrin, pembesar suara stereo dan 5G.

Berikut adalah harga realme X7 Pro Ultra di China :

realme X7 Pro Ultra 8/128GB – CNY2,399 (RM 1,513)

realme X7 Pro Ultra 12/256GB – CNY 2,699 (RM 1,702)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.