Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Sony Xperia 2021 akan diadakan pada 14 April ini

Telefon Pintar Sony Xperia 2021 akan diadakan pada 14 April ini 3
Sony secara rasminya telah mengumumkan bahawa pelancaran telefon pintar baharu Sony Xperia akan berlangsung pada 14 April ini dan ianya akan bersiaran secara langsung di YouTube Sony Mobile.

Pada majlis pelancaran ini, kita mungkin menyaksikan Sony memperkenalkan Xperia 1 III yang mungkin hadir dengan skrin paparan 4K OLED berukuran 6.5-inci selain Xperia 10 III yang mungkin hadir dengan cipset Snapdragon 765G.

Selain daripada itu, Sony juga melancarkan satu model Xperia Compact yang mungkin eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja.

Apa yang pasti, Sony akan memperkenalkan lebih dari satu model telefon pintar Xperia pada pelancaran ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.