Huawei menawarkan perkhidmatan ukiran laser percuma bagi pemilik sediada dan baru Huawei FreeBuds Pro
Sempena Hari Valentine’s yang bakal tiba tidak lama lagi, pemberian hadiah yang lebih unik semestinya adalah cara terbaik untuk menambat hati orang yang tercinta.
Bersempena dengan ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan perkhidmatan ukiran laser percuma bagi Huawei FreeBuds Pro.
Perkhidmatan ukiran laser ini ditawarkan di 21 lokasi HUAWEI Experience Stores dan ianya boleh dinikmati oleh mereka yang memiliki Huawei FreeBuds Pro dan mereka yang bakal membeli TWS terbaru Huawei ini.
Huawei menawarkan 4 corak ukiran laser yang unik seperti bentuk hati dengan tulisan My Love” atau “I love You”.
Selain itu, sempena Tahun Baru Cina, pelanggan juga boleh memilih bentuk lembu sempena tahun lembu selain mengukir nama anda sendiri.
Huawei FreeBuds Pro kini ditawarkan di Malaysia didalam tiga pilihan warna iaitu Carbon Black, Ceramic White dan Silver Frost pada harga RM 699.