Huawei Band 4e akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Februari ini
Huawei Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa jam kecergasan terbaru syarikat ini iaitu Huawei Band 4e akan memasuki pasaran tempatan pada 15 Februari ini.
Huawei Band 4e adalah jam kecergasan yang akan menawarkan pengguna pelbagai fungsi kecergasan dan lebih penting pada harga yang amat berpatutan.
Huawei Band 4e hadir dengan skrin paparan sesentuh POLED berukuran 0.5-inci yang juga mempunyai satu butang navigasi kapasitif dibahagian bawah.
Selain itu, Huawei Band 4e juga menawarkan anda jangka hayat bateri (77mAh) yang sangat baik iaitu sehingga 2 minggu pengunaan biasa manakala mod standby menawarkan anda sehingga 21 hari jangka hayat bateri.
Dalam pada itu, antara aktiviti kecergasan yang ditawarkan pada Huawei Band 4e ini adalah bimbingan larian profesional dan mod bola keranjang.
Huawei Band 4e juga hadir dengan kebolehan kalis air 5ATM yang bermaksud ianya boleh bertahan selama 10 minit pada kedalaman 50 meter.
Akhir sekali, Huawei Band 4e dijangka akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Mineral Red dan Graphite Black namun buat masa ini harga penjualan masih belum diumumkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei Band 4e, anda boleh mengetahuinya di HUAWEI Store atau Lazada.