Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Huawei FreeBuds 3i secara percuma dengan pembelian Huawei Mate40 Pro


Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa  Huawei Mate40 Pro kini hadir dengan satu tawaran yang menarik dimana setiap pembelian telefon pintar flaghsip Huawei juga akan membolehkan anda menerima Huawei FreeBuds 3i secara percuma.

Promosi ini akan ditawarkan mulai 10 Februari sehingga 28 Februari 2021 dan dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi, ini adalah waktu terbaik untuk anda mendapatkan satu telefon pintar serba lengkap daripada Huawei ini.

Huawei FreeBuds Pro 3i adalah TWS premium daripada syarikat ini dan ianya hadir pada harga penjualan RM 399.

Dalam pada itu, Huawei Mate40 Pro hadir dengan harga penjualan RM 4,299 yang mana anda boleh mendapatkanya sekarang di HUAWEI Store Online , HUAWEI Experience Store, Senheng dan Courts.

Baca : ULASAN : HUAWEI Mate 40 Pro – Kirin 9000 dan teknologi kamera terbaik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.