Siri Oppo Reno5 akan dilancarkan di Malaysia pada Januari 2021 – quad-kamera 64MP dengan rakaman video dual-view
Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Oppo Reno bakal menerima generasi baharu tidak lama lagi iaitu Oppo Reno5.
Oppo Reno5 dijangka akan menjadi model pertama Oppo yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 2021 dan ianya akan hadir dengan sokongan 5G.
Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Oppo Reno5 dijangka akan hadir dengan tetapan quad-kamera 64MP yang juga membawakan sokongan rakaman video dual-view.
Fungsi rakaman dual-view bermaksud anda boleh membuat rakaman video dengan menggunakan kamera hadapan dan belakang secara serentak.
Selain itu, Oppo Reno5 dijangka akan hadir dengan skrin paparan OLED 90Hz berukuran 6.43-inci, pemproses Snapdragon 765G, 8 atau 12GB RAM dan storan dalaman jenis UFS 2.1 sehingga 256GB.
Oppo Reno5 dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada awal bulan Januari namun buat masa ini masih belum ada tarikh rasmi diumumkan oleh syarikat ini.