Vivo umum kerjasama dengan ZEISS – impian untuk menjadi penyedia teknologi kamera terbaik pada telefon pintar
vivo secara rasminya telah mengumumkan kerjasama dengan Syarikat Gergasi Fotografi Jerman, ZEISS pada 17 Disember 2020.
Walaupun pengguna sudah pastinya menjangkakan produk dari vivo dan ZEISS, kerjasama ini adalah lebih dari apa yang disangkakan.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama, vivo dan ZEISS akan menubuhkan makmal kajian bersama dengan program R&D untuk meningkatkan inovasi pengimejan pada telefon pintar vivo.
Usaha bersama pelbagai aspek ini amat penting bagi vivo yang merupakan salah satu pengeluar telefon pintar terbesar di dunia dengan pemahaman pengguna yang tepat dan teknologi pengimejan canggih, dan ZEISS, peneraju optik di seluruh dunia dan pelopor dalam bidang pengimejan.
Dengan cita-cita bersama untuk memajukan kualiti pengalaman pengimeja di telefon pintar, perkongsian itu akan menyaksikan ZEISS dan vivo bersama untuk mengembangkan keupayaan pengimejan dan akan membawa jenama ZEISS kembali ke telefon pintar.
Dengan lensa sinematografi luar biasa ZEISS digabungkan dengan algoritma dan perisian fotografi vivo, pasti akan membantu pengguna memgambil gambar dan video seperti filem pada telefon pintar.
Selain itu, teknologi dan kepakaran optik ZEISS tentunya akan meningkatkan prestasi optik vivo dalam penggambaran video dan foto ke tahap yang baru.
Pelancaran telefon pintar baru dengan lensa ZEISS dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2021.