Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Xiaomi Mi 11 tidak akan hadir dengan adapter pengecasan – ikut jejak langkah Apple


Pelancaran generasi baru telefon pintar Apple iPhone pada bulan Oktober telah menyaksikan syarikat Cupertino ini memulakan satu trend baru dimana tiada lagi adapter pengecasan dan earphone disertakan didalam kotak pembelian iPhone.

Melakukan sesuatu perubahan yang drastik seperti ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Apple  yang mana ianya telah mendapat perhatian yang sangat meluas sehingga dikritik oleh hampir kesemua syarikat pengeluar telefon pintar utama dunia.

Ironiknya, kesemua syarikat yang sebelum ini mengutuk Apple kini dilihat bakal mengikut jejak langkah syarikat itu dengan tidak lagi menawarkan adapter pemgecasan didalam kotak.

Salah satu syarikat yang telah mengesahkan perkara ini adalah Xiaomi yang bakal melancarkan siri Xiaomi Mi 11 pada 28 Disember ini di China.

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mi 11 akan hadir dengan kotak pembungkusan yang lebih ‘mesra alam’ dan nipis.

Xiaomi adalah antara syarikat yang mengkritik Apple selepas pengumuman iPhone 12 dan melakukan perkara yang sama beberapa bulan selepas itu sudah pastinya mengundang rasa marah peminat Xiaomi secara khususnya.

Walaubagaimanapun, kepupusan adapter pengecasan didalam kotak pembelian telefon pintar kini adalah satu realiti yang harus diterima dan lebih banyak syarikat dijangka akan melakukan perkara yang sama pada tahun 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.