Kos bahan (BoM) Apple iPhone 12 Pro adalah sekitar $406 (RM 1,656) sahaja
Fomalhaut Techno Solutions yang merupakan pakar didalam teardown telefon pintar telah mengeluarkan laporan anggaran bill of materials (BoM) bagi Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Pro.
Kos pembuatan bagi Apple iPhone 12 adalah $373 (RM 1,522) manakala bagi iPhone 12 Pro adalah $406 (RM 1,656).
Untuk rekod, harga penjualan Apple iPhone 12 di Malaysia bermula pada RM 3,399 manakala iPhone 12 Pro bermula pada RM 4,899.
Antara komponen utama iPhone adalah skrin paparan OLED yang dibekalkan oleh Samsung iaitu $70 seunit manakala modem Qualcomm X55 5G mempunyai kos $90 seunit.
Selain itu, cip Apple A14 Bionic mempunyai kos $40 manakala RAM adalah $12.8 seunit dikuti memori $19.2 seunit
Bahagian kamera iPhone 12 yang dibekalkan oleh Sony adalah antara $7.4 dan $7.9 seunit.
Selain itu, carta dibawah juga menunjukkan pembekal komponen iPhone 12 mengikut negara dengan Korea Selatan membekalkan 26.8% diikuti Amerika Syarikat dan Eropah dengan 21.9%, Jepun pada kadar 13.6% dan Taiwan serta China masing-masing dengan 11.1% dan 4.9%.
Apa yang jelas disini adalah, margin keuntungan yang dinikmati oleh Apple adalah melebihi 50% bagi setiap unit iPhone 12 yang terjual dan ini memastikan jumlah pendapatan Apple adalah lebih tinggi berbanding syarikat pengeluar telefon pintar lain dipasaran.