Xiaomi mula menawarkan kemaskini MIUI 7.1 pada 5 Januari 2016
Beberapa bulan lalu, Xiaomi telah mula menawarkan kemaskini MIUI 7 mereka yang terbaru dan kini syarikat ini telah mengumumkan bahawa versi terbaru sistem operasi mereka yang berasaskan Android iaitu MIUI 7.1 akan mula ditawarkan kepada semua peranti yang disokong mulai 5 Januari 2016 iaitu hari ini.
Lebih menarik, Xiaomi akan menawarkan kemaskini bagi model-model telefon pintar Xiaomi bagi pasaran antarabangsa dan China pada masa yang sama.
Versi antarabangsa yang akan menerima kemaskini MIUI 7.1 adalah seperti berikut :
- Xiaomi Mi 3
- Xiaomi Mi 4
- Xiaomi Mi Note
- Xiaomi Mi 4i
- Xiaomi Redmi Note 4G
- Xiaomi Redmi 2/Prime
- Xiaomi Redmi 1S
- Xiaomi Redmi Note Prime
- Xiaomi Redmi Note 2
- Xiaomi Redmi Note 3
- Xiaomi Mi Pad
Versi china yang akan mula menerima kemaskini MIUI 7.1 hari ni adalah seperti berikut
- Xiaomi Mi 3
- Xiaomi Mi 4 3G/4G, Xiaomi
- Xiaomi Mi Note, Xiaomi
- Xiaomi Mi Note Pro
- Xiaomi Mi 4c
- Xiaomi Mi 4i
- Xiaomi Redmi 1S
- Xiaomi Redmi Note 3G
- Xiaomi Redmi Note 4G satu SIM/Dwi-SIM
- Xiaomi Mi Pad 1 dan Mi Pad 2.
Walaubagaimanapun, beberapa peranti yang tidak disenaraikan didalam fasa pertama kemaskini MIUI 7.1 ini iaitu seperti Xiaomi Mi 2/2S, Xiaomi Redmi 2, Xiaomi Redmi Note 2, Xiaomi Redmi Note 3 bagi pasaran China ini dijangka akan menerimanya tidak lama lagi dengan fasa kedua kemaskini akan mula ditawarkan pada 11 Januari ini.