Apple iPhone 7 Plus akan hadir didalam kapasiti 256GB?
Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang akan dilancarkan lewat tahun ini sudah mula diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk dan satu lagi yang mengatakan bahawa jalur antena plastik antena tidak akan mencacatkan kecantikan iPhone 7.
Kini satu lagi khabar angin telah berterbangan dari China, ianya berkaitan dengan Apple iPhone 7 Plus dan model ini dilaporkan akan hadir dengan satu versi baru yang mempunyai memori simpanan dalaman 256GB iaitu dua kali ganda kapasiti lebih besar berbanding tawaran terbesar bagi Apple iPhone 6s dan iPhone 6s Plus iaitu 128GB.
Jika benar, tawaran kapasiti baru Apple iPhone 7 pasti akan meningkatkan lagi harga penjualan ini dan kapasiti 256GB dijangka hanya akan ditawarkan secara eskslusif kepada model iPhone 7 Plus.
Selain itu, Apple iPhone 7 Plus juga akan hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu bateri berkapasiti 3100mAh meningkat hampir 13% berbanding bateri yang dimiliki oleh Apple iPhone 6s Plus iaitu 2750mAh.
Selain Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, Apple juga telah dilaporkan akan mengeluarkan satu model iPhone mini iaitu Apple iPhone 7c yang akan hadir dengan skrin paparan 4.0-inci dan pemproses Apple A9.
Apple iPhone 7c dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan mungkin dilancarkan lebih awal iaitu sekitar bulan April manakala iPhone 7 dan iPhone 7s Plus dilancarkan 5 bulan kemudian.