Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 7 bakal hadir dengan teknologi kalis air

Apple iPhone 7 Malaysia

Walaupun baru beberapa bulan selepas pelancaran iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, ini tidak menghalang dunia teknologi untuk mula mengalihkan perhatian kepada generasi baru Apple iPhone yang akan dilancarkan tahun hadapan.

Satu syarikat pengkaji TrendForce berkata dua ciri terbaru yang akan diperkenalkan pada Apple iPhone 7 adalah kapasiti RAM yang lebih tinggi dan kekalisan air.

Kapasiti RAM yang lebih besar dilihat hanya akan ditawarkan bagi model Plus dan manakala model iPhone hanya akan menerima 2GB RAM.

Selain itu, kata-kata Apple akan hadir dengan telefon kalis air pasti akan membuat ramai peminat Apple teruja kerana jika menjadi kenyataan, ini akan menjadi kali pertama didalam sejarah Apple iPhone akan hadir dengan teknologi kalis air.

Bagi pengguna Android, produk kalis air bukanlah sesuatu yang baru memandangkan banyak syarikat pengeluar telefon pintar telah melancarkan model telefon pintar mereka dengan telnologi kalis air dan habuk.

Selain itu, TrendForce juga menyokong laporan awal yang mengatakan satu model iPhone dengan skrin paparan 4-inci juga akan dilancarkan dan lebih awal iaitu sekitar bulan April hingga Jun.

Seperti kita sedia maklum, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus akan dilancarkan pada suku kedua 2016 atau secara tepatnya pada bulan September tahun hadapan.

TrendForce meramalkan dengan ciri baru ini Apple akan melihat peningkatan didalam penjualan iPhone ini sehingga 12.5% kepada 260 juta unit iPhone namun peningkatan ini dikatakan tidak akan dapat mengatasi Samsung yang dijangka akan menjual 310 juta unit telefon pintar.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.