realme C11 Malaysia – Reka Bentuk Geometrik, RAM dan Storan Dalaman Yang Lebih Besar
realme C11 Malaysia – Reka Bentuk Geometrik, RAM dan Storan Dalaman Yang Lebih Besar
REALME merupakan jenama telefon pintar yang sentiasa mendapat perhatian khususnya kerana syarikat ini sentiasa menawarkan telefon pintar dan produk AIoT pada harga yang amat berpatutan.
Selepas baru-baru ini memperkenalkan realme C11, realme Malaysia telah mengesahkan bahawa satu lagi varian realme C11 akan memasuki yang memberikan pengguna satu pakej telefon pintar bajet yang lebih bernilai.
RAM dan Storan Dalaman yang lebih besar
Apabila menyebut sahaja sesuatu telefon pintar sebagai peranti entry-level, pasti storan dalaman dan kapasiti RAM akan menjadi isu yang menghantui pemilik telefon pintar ini.
Walau bagaimanapun realme berusaha mengubah presepsi dengan menawarkan realme C11 versi baru ini dengan 3GB RAM (jenis LPDDR4X) dan 32GB storan dalaman namun masih dengan harga penjualan yang kompetitif.
Ini membolehkan operasi dan pengunaan harian realme C11 adalah lebih lancar dan mencukupi.
Reka Bentuk Geometrik Premium & Unik
Walaupun realme C11 merupakan telefon pintar kelas entry-level, realme tidak terlepas pandang aspek reka bentuk telefon pintar ini.
Proses pembuatan panel belakang realme C11 ini adalah menggunakan mesin ukiran radium 5-paksi terbaik di industri (buatan Jerman) dan tekstur geometri unik panel belakang realme C11 ini terhasil selepas hampir 300 minit penggilapan.
Akhir sekali, 450+ lengkungan yang diukir pada panel belakang realme C11 adalah untuk menghasilkan refleksi cahaya yang istimewa.
Pengunaan teknologi ini menjadikan realme C11 lebih premium, selesa digunakan, anti-capjari dan mampu mengelakkan calar.
Satu jalur sepanjang panel belakang realme C11 juga memberikan visual penyelarian modul kamera dan logo realme yang menjadikan reka bentuk panel ini lebih ikonik dan seimbang.
Varian baru realme C11 ni akan ditawarkan didalam dalam dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Pepper Grey.
Selain daripada itu, realme C11 juga dilengkapi dengan skrin paparan Mini-Drop, bateri 5,000mAh, tetapan dwi-kamera dengan modul segi empat dan pemproses MediaTek Helio G35.
realme C11 yang baru ini akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat dan jika anda sedang mencari satu telefon pintar kelas entry-level yang serba lengkap, realme C11 yang baru ini adalah model yang patut anda pertimbangkan.
realme C11 versi 3/32GB akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 479 sahaja.