Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Edifier NB2 kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 349 sahaja


Edifier secara rasminya telah memperkenal earbud True Wireless Stereo generasi terbaru mereka iaitu Edifier TWS NB2.

TWS serba lengkap yang turut disertakan dengan ciri pembatalan bunyi aktif unik Edifier dan kualiti bunyi yang unggul.

Pembatalan Bunyi Aktif

Edifier TWS NB2 dilengkapi dengan sistem Pembatalan Gangguan Bunyi Hibrid inovatif yang baru, hampir 28% lebih baik baik berbanding generasi pertama TWS NB

Iabya menggunakan suara ambien yang ditangkap oleh mikrofon dan membatalkan gangguan , membolehkan pengguna untuk senstiasa menikmati muzik mereka di persekitaran yang tenang.

Diafragma graphene besar Φ10mm juga membolehkan TWS NB 2 menawarkan bass yang kuat dan bertenaga.

Mod Ambient

Tingkatkan kesedaran kawasan sekitar anda dengan mod Ambient.

Mod Ambient pada TWS NB2 akan meningkatkan lagi ketelitian bunyi persekitaran luar supaya anda lebih waspada dengan apa yang berlaku pada sekeliling anda.

Ini sangat berguna untuk jogging, penunggang basikal dan bagi orang yang perlu sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya untuk keselamatan mereka.

Ketika mod ambient diaktifkan, pengguna  mereka masih boleh  berwaspada tentang persekitaran sambil menikmati muzik mereka.

Mod Permainan

Nikmati permainan anda dengan latensi rendah pada Edifier TWS NB2!

Apabila mod permainan diaktifkan, latensi yang ditawarkan adalah serendah 80ms, dibandingkan dengan Bluetooth TWS biasa yang mempunyai latensi hingga 180ms!

Teknologi Dual-Mic Call Noise Reduction

Nikmati panggilan telefon anda dengan jelas dengan teknologi dual-mic call noise reduction.

Edifier TWS NB2 menggunakan algoritma pengurangan gangguan bunyi ketika panggilan dengan pengunaan dua mikrofon, ia menyaring bunyi dan bunyi ambient sambil mengekalkan vokal yang jelas untuk membolehkan perbualan yang lancar dan terang menggunakan earbud.

Kalis percikan air & debu IP54

Edifier TWS NB2 juga hadir dengan pensijilan percikan air & debu IP54, ini memberikan keyakinan kepada pengguna TWS NB2 dipakai pada persekitaran yang mencabar seperti mendaki.

Edifier TWS NB2 kini ditawarkan pada harga penjualan RM 349 dan pra-tempahan telah dibuka di stor rasmi Edifier di Lazada.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.