Tips dan Petua Untuk Huawei Nexus 6P
Tips dan Petua Untuk Huawei Nexus 6P
Huawei Nexus 6P adalah telefon pintar yang telah menambat hati ramai pengguna tahun ini dan ianya telah diperkatakan sebagai telefon pintar Nexus terbaik pernah dikeluarkan oleh Google.
Bagi pemilik Nexus 6P yang baru dan masih belum meneroka kemampuan telefon pintar Android terbaik di pasaran ini kami telah menyenaraikan beberapa petua dan cara yang akan menjadikan Nexus 6P anda lebih sempurna.
1. Membuka tetapan Sistem Tuner UI Nexus 6P
Pada Nexus 6P, anda boleh menekan lama butang Setting pada panel notifikasi dan ianya akan membawa anda kepada tetapan UI Sistem yang membolehkan anda mengatur pintasan tetapan, bar status dan banyak lagi.
2. Mengaktifkan Status Peratusan Bateri
Seperti yang kita sedia maklum, telefon pintar tidak akan menunjukkan status peratusan bateri pada skrin secara automatik dan ianya sama pada Nexus 6P, anda boleh melakukan tetapan untuk menunjukkan status peratusan bateri ini pada tetapan sistem Tuner UI.
3. Mengubah mod warna gambar kepada sRGB
Pada bahagian tetapan, pengguna telefon pintar Nexus 6P juga diberikan kebebasan untuk menukar mod warna kepada sRGB jika mereka tidak suka kualiti gambar yang ditawarkan oleh mod skrin AMOLED. Ianya boleh dilakukan dengan mengaktifkan fungsi ‘developer’ dimana anda perlu menekan ‘Build Number’ sebanyak 7 kali. Apabila pilihan untuk ‘developer’ telah tampil anda boleh menukar mod warna kepada sRGB.
4. Notifikasi lampu LED
Huawei Nexus 6P juga hadir dengan notifikasi lampu LED yang perlu anda aktifkan melalui tetapan. Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk membuka notifikasi lampu LED ini. “Settings>Sound & notification>Pulse notification light”.
5. File Manager Pengurusan Fail
Jika anda mencari aplikasi pengurusan fail (file manager) pada senarai aplikasi anda pasti tidak menjumpainya kerana ianya telah di ‘tersorok’ pada bahagian tetapan. Untuk mengurus dan mengakses fail anda anda boleh melakukanya dengan melakukan langkah ini “Settings>Storage & USB>Explore”.
6. Pembukaan Kamera Pantas
Ketika skrin didalam keadaan malap, anda boleh mengaktifkan kamera secara terus dengan menyentuh butang ‘power’ sebanyak dua kali.
Pintasan ini sangat berguna untuk mengambil gambar yang mampu membantu anda tidak terlepas detik penting didalam hidup anda.
ini adalah beberapa petua dan cara untuk menjadikan pengalaman anda dengan Nexus 6P lebih baik dan jika anda mempunyai sebarang tips atau petua yang kami tidak senaraikan kami menjemput anda berkongsinya dengan kami di ruang komen di bawah.
Anda juga boleh 6 sebab kenapa Nexus 6P yang adalah telefon pintar terbaik untuk anda ataupun evolusi Nexus dan kenapa Nexus 6P adalah telefon pintar terbaik daripada Google.