Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

KenXinDa memperkenalkan siri telefon pintar lasak Flattop di Malaysia

image_5613401552

Jenama Ken Xin Da yang baru memasuki pasaran Malaysia beberapa bulan lalu kini secara rasminya telah melancarkan satu siri telefon pintar lasak yang dikenali sebagai siri Flattop.

Kesemua telefon pintar didalam siri Flattop ini hadir dengan kualiti ketahanan tinggi yang mempunyai pensijilan IP68, tahan hentakan, tahan tahan habuk dan tahan air.

Sebanyak 6 model dilancarkan di bawah siri Flattop Ken Xin Da ini dan 5 daripadanya adalah telefon pintar.

Berikut adalah spesifikasi keenam-enam model telefon pintar siri Flattop Ken Xin Da :

Ken-Xin-Da-Flattop-Series-Malaysia

Selain itu, Ken Xin Da turut melancarkan satu powerbank tahan lasak yang  dikenali sebagai Max 7 dan mempunyai kebolehan yang sama seperti telefon pintar didalam siri Flattop iaitu tahan hentakan,kalis air dan habuk dengan pensijilan IP68. Powerbank ini mempunyai kapasiti 10,400mAh dan ditawarkan pada harga RM 229.

Selain itu, Ken Xin Da turut memperkenalkan satu jam pintar baru yang dikenali sebagai Kenxinda W3. Ianya hadir dengan sokongan sim, satu unit kamera 0.8MP, Radio FM, slot microSD dan ditawarkan pada harga penjualan hanya RM 169. Selain itu, dengan pembelian ini anda juga akan menerima set Bluetooth handsfree bernilai RM 99 secara percuma.

selain itu, Ken Xin Da turut berkata bahawa jam pintar S Watch mereka yang dilancarkan sebelum ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dan jam pintar W3 ini dijangka akan meneruskan lagi kejayaan yang dicapai oleh S Watch.

image_5620739600 image_5623911984 image_5624240896 image_5623542080 image_5621269744 image_5623812672 image_5626128048 image_5621052928 image_5613617760 image_5622913072 image_5630870064 image_5627641024 image_5630156048 image_5627565056 image_5630876016

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.