Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo disahkan akan menggunakan pemproses Exynos 8870

Samsung-Exynos-8-Octa-8870

Semalam kami melaporkan bahawa Samsung akan mengeluarkan cip pemprosesan Exynos 8870 khusus untuk dibekalkan kepada pengeluar telefon pintar lain seperti Meizu.

Kini, satu lagi pengeluar telefon pintar terkemuka iaitu Lenovo dilaporkan juga akan melancarkan satu model utama mereka dengan pemproses Exynos 8870 ini.

Walaupun Samsung meletakkan Exynos 8870 ini dibawah pemproses Exynos 8890, secara dalamanya ianya mungkin hadir dengan teknologi yang sama sahaja.

Selain itu, Samsung juga dikatakan yakin dengan kemampuan Exynos 8870 ini apabila meletakannya selari dengan pemproses Snapdragon 820 yang merupakan pemproses berkuasa tinggi terbaru daripada Qualcomm.

Bercakap mengenai Meizu, syarikat china ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos 8870 ini pada Meizu Pro 6 yang akan dilancarkan tahun hadapan dan pengunaan cip pemprosesan daripada Samsung bukanlah sesuatu yang baru bagi Meizu.

Lenovo pula juga dilaporkan akan menggunakan cip pemprosesan Exynos ini pada telefon pintar utama mereka dan kerjasama antara Samsung dan Lenovo didalam bidang pemprosesan juga bukan sesuatu yang baru.

Selain itu, Exynos 8870 mungkin bukan satu-satunya pemproses Samsung yang akan digunakan oleh pengeluar lain dan Samsung sendiri. Pemproses Exynos 7650 dan Exynos 7880 juga telah dikesan dan ianya didakwa mempunyai kebolehan untuk menyaingi pemroses Qualcomm Snapdragon 620 yang kini dikenali sebagai pemproses Snapdragon 652.

walaubagaimanapun, Lenovo dijangka tidak akan menggunakan pemproses ini pada telefon pintar K4 Note yang akan dilancarkan secara rasmi di India 5 Januari 2016.

exynos-8870-lenovo

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.