Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Watch Revolve bakal memasuki pasaran antarabangsa dengan harga serendah RM 482


Pada awal bulan Januari, Xiaomi telah memperkenalkan Mi Watch Color ke pasaran China dan jam pintar ini nampaknya semakin hampir memasuki pasaran antarabangsa dengan nama Mi Watch Revolve.

Mi Watch Revolve dijangka akan hadir skrin paparan AMOLED bulat berukuran 1.39-inci dengan resolusi 454×454 piksel, tali silikon dan dengan jangka hayat bateri sehingga 14 hari.

Mi Watch Revolve juga memiliki kalis air 5ATM, GPS, Bluetooth 5.0, NFC, sensor degupan jantung dan 10 mod sukan yang termasuk berlari, berjalan, berbasikal, berenang dan banyak lagi.

Beralih kepada bateri, Mi Watch Revolve akan memiliki bateri berkapasiti 420mAh yang mana Xiaomi mendakwa mampu menawarkan 14 hari pengunaan dengan pengunaan biasa manakala mod endurance mampu menawarkan sehingga 22 hari pengunaan.

Buat masa ini harga penjualan Mi Watch Revolve ke pasaran antarabangsa masih belum diketahui namun di China ianya ditawarkan pada harga bermula dari CNY 799.

Mi Watch Revolve dijangka akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna rangka iaitu hitam, perak dan emas.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.