Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda boleh mendapatkan HUAWEI Nova 7SE & FreeBuds 3i mulai esok


Anda boleh mendapatkan HUAWEI Nova 7SE & FreeBuds 3i mulai esok

Seperti yang disahkan sebelum ini, HUAWEI Nova 7SE akan mula ditawarkan di Malaysia pada 19 Jun ini iaitu esok dengan harga penjualan RM 1,499 dan penjualan Novo 7SE juga akan disertakan dengan penjualan HUAWEI FreeBuds 3i pada harga RM 399 sahaja.

Pembelian HUAWEI Nova 7SE dan FreeBuds 3i ini boleh dimuat mulai esok secara atas talian di  HUAWEI Store atau HUAWEI Experience Stores (HES) dan anda akan menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 1,256 yang terdiri daripada :

  • Jam kecergasan HUAWEI Band 4
  • Casing HUAWEI nova
  • 3 bulan langganan HUAWEI Video (Dimsum)
  • 6 bulan langganan HUAWEI Book
  • Storan 15GB HUAWEI Cloud (12 bulan)
  • Ganjaran Member Centre Rewards bernilai sehingga RM 1,000
  • Hadiah percuma sempena karnival HUAWEI AppGallery
  • Peluang memenangi 1 daripada 3 Proton X70 melalui cabutan bertuah HUAWEI AppGallery Carnival

HUAWEI Nova 7 SE akan ditawarkan didalam warna Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple dan hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar 5G termurah di Malaysia.

2304ECB9-38E1-4A9D-8E04-E88287DA8DF7.jpg

Bagi pembelian HUAWEI FreeBuds 3i, anda akan menerima FreeBuds 3i case, hadiah percuma sempena Karnival HUAWEI AppGallery dan satu tiket cabutan bertuah untuk memenangi Proton X70.

HUAWEI FreeBuds 3i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Ceramic White, Carbon Black dengan harga penjualan RM 399 sahaja.

Pada 19 Jun ini juga akan bermula karnival HUAWEI AppGallery yang membawakan anda pelbagai promosi menarik dan peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM 2 juta.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.