Huawei Honor 7 Plus telah mendapat pengesahan TENAA
Satu telefon pintar terbaru daripada Huawei telah mendapat pensijilan daripada agensi telekomunikasi China iaitu TENAA dan segala maklumat spesifikasi mengenai telefon pintar ini telah didedahkan.
Telefon pintar terbaru Huawei ini akan diperkenalkan dibawah siri Honor dan ianya mempunyai nombor model Huawei KIW-AL20 dan hadir dengan skrin paparan TFT 1080p berukuran 5.5-inci.
Dari segi dalaman, Huawei KIW-AL20 hadir dengan pemproses Kirin 950 yang diperkenalkan pada Huawei Mate 8 dan pemproses ini turut disertakan dengan 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman dan tidak lupa slot microSD yang mampu menyokong tambahan 128GB memori simpanan.
Beralih kepada kamera, Huawei KIW-AL20 ini akan hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie dan panggilan video akan diuruskan oleh unit kamera 5MP.
Selain itu, seperti Honor 7, telefon pintar ini juga hadir dengan sensor capjari, Android 5.5.1 Lollipop dan reka bentuk berasaskan keluli.
Telefon pintar Huawei KIW-AL20 ini juga hadir dengan sokongan Dwi-SIM 4G LTE dan akan ditawarkan didalam warna emas, kelabu dan perak.
Huawei KIW-AL20 ini mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi dengan menggunakan nama Huawei Honor 7 Plus dan pengesahan TENAA ini adalah fasa terakhir sebeum pelancaran rasmi dan penjualan dimulakan.
Harga penjualan bagi Huawei KIW-AL20 ini masih belum didedahkan namun seperti telefon pintar Honor yang lain, ianya akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan.