Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video Xiaomi Mi 5 telah dimuat turun di Weibo

image

Awal pagi ini kami melaporkan bahawa gambar media Xiaomi Mi 5 dan Mi 5 Plus yang tersebar telah mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan hadir didalam beberapa warna iaitu emas, merah jambu, hitam dan putih.

Kini satu pemiliki akaun di Weibo telah memuaturun satu video yang memaparkan Xiaomi Mi 5 dipertontonkan dengan diletakkan di atas satu bongkah kayu dan diuji secara ringkas.

Xiaomi Mi 5 dikatakan akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci dengan resolusi skrin paparan yang bakal digunakan menjadi tanda tanya. Mi 5 mungkin hadir dengan skrin paparan 1080p ataupun skrin paparan 2k.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, Mi 5 akan hadir dengan pemproses generasi terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 820 dan disertakan dengan GPU Adreno 530, 4GB RAM, dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB atau 64GB dan sensor capjari yang diletakkan pada butang fizikal ‘home’.

Bercakap mengenai kamera, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan kamera utama 16MP manakala tugas pengambilan selfie akan diberikan kepada kamera hadapan 8MP.

Xiaomi Mi 5 akan juga hadir dengan bateri berkapasiti 3030mAh yang turut menyokong pengecasan pantas, Android Marshmallow dengan MIUI 7 dan akan mempunyai harga penjualan CNY 1,999 (RM 1,329)

Selain itu, Xiaomi juga dikatakan akan memperkenalkan satu lagi versi Mi 5 iaitu Mi 5 Plus yang akan hadir dengan skrin paparan yang lebih besar iaitu skrin 5.5-inci atau 5.7-inci dengan resolusi 1440×2560.

Mi 5 Plus juga akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman eMMC.

Kamera Mi 5 Plus juga sama seperti yang dimiliki oleh Mi 5 iaitu kamera utama 16MP dan kamera selfie 8MP.

Mi 5 Plus juga akan memiliki sensor capjari dan akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari CNY 2,499 (RM 1,622).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.