Black Shark 3 Pro bakal memasuki pasaran Malaysia pada 20 Mei ini
Black Shark 3 Pro hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli dengan pengunaan dua paip penyejukan cecair dan terdapat juga slot audio 3.5mm.
Bercakap mengenai Black Shark 3 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan QHD+ OLED berukuran 7.1-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut mempunyai kadar ‘touch-sampling’ terpantas didunia iaitu 270Hz.
Black Shark 3 Pro ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865, 8GB RAM LPDDR4 atau 12GB RAM LPDDR5 yang dipadankan dengan 256GB storan dalaman manakala sokongan WiFi 6 dan 5G turut disertakan.
Pada bahagian kamera, Black Shark 3 Pro disertakan dengan sensor utama 64MP f/1.8, sensor ultra-lebar 13MP dan sensor depth 5MP selain sensor kamera selfie 20MP.
Kelebihan Black Shark 3 Pro adalah pada bahagian bateri dimana ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W (0-100% didalam masa 38 minit) dan terdapat juga sokongan pengecasan magnetik pada panel belakang namun kelajuan pengecasan hanya 18W.
Black Shark Pro 3 juga memiliki butang trigger fizikal dibahagian atas dan ianya bukanya panel sesentuh seperti pada generasi sebelum ini.
Buat masa ini harga penjualan rasmi Black Shark 3 Pro di Malaysia masih belum diumumkan namun jika berdasarkan harga pra-tempahan Directd ianya akan ditawarkan pada harga RM 3,999 – RM 4,199