Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco F2 Pro akan dilancarkan pada 12 Mei – Snapdragon 865, skrin tanpa takukan dan quad-kamera

Poco F2 Pro akan dilancarkan pada 12 Mei - Snapdragon 865, skrin tanpa takukan dan quad-kamera 5
Poco F2 Pro akan dilancarkan pada 12 Mei – Snapdragon 865, skrin tanpa takukan dan quad-kamera

Pocophone merupakan jenama telefon pintar yang pasti menjadi ingatan kerana model pertama mereka iaitu Pocophone F1 mendapat sambutan yang amat baik.

Walaupun Pocophone melancarkan Poco X2 pada bulan Februari yang lalu, telefon pintar ini tidak dilihat sebagai pengganti kepada Poco F1 yang dianggap sebagai peranti mercu syarikat.

Poco F2 Pro akan dilancarkan pada 12 Mei - Snapdragon 865, skrin tanpa takukan dan quad-kamera 6

Kini, Pocophone telah mengesahkan bahawa Poco F2 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Mei 2020.

Pengesahan rasmi daripada Pocophone sendiri adalah sesuatu yang dinanti-nantikan peminat dan ianya dijangka akan hadir dengan beberapa ciri-ciri peranti flaghsip iaitu pemproses Snapdragon 865, skrin paparan penuh tanpa takukan, kapasiti bateri yang besar + pengecasan pantas , 6/8GB RAM dan dua kapasiti storan dalaman iaitu 128/256GB.

Seperti Poco F1, pasti ramai yang mengharapkan Poco F2 Pro ini memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang sangat berpatutan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.