realme sentiasa menawarkan telefon pintar dengan reka bentuk yang unik dipasaran
realme, jenama telefon pintar yang mencatatkan pertumbuhan terbesar didunia sentiasa memberikan kejutan didalam penawaran reka bentuk unik pada telefon pintar mereka terutama sekali pada edisi X.
Baru-baru ini realme telah menerima anugerah antarabangsa dari industri seni rekabentuk iaitu Red Dit Design Award : Product Design 2020 bagi realme X2 Pro Master Edition.
realme X2 Pro Master Edition ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu Red Brick dan Concrete yang direka dengan kerjasama Naoto Fukusawa
realme X2 Pro Master Edition telah mendapat pujian menyeluruh dari pakar industri, media dan pengguna dengan stok bagi telefon pintar ini habis di semua pasaran termasuk di Malaysia.
Sejarah kerjasama realme dengan Naoto Fukusawa bermula sejak pelancaran realme X Master Edition yang telah memenangi anugerh CMF Design Supreme Gold Award dimana dua edisi realme X Master Edition dilancarkan.
Dua edisi ini adalah berinspirasikan bawang dan bawang putih.
Kerjasama ketiga antara realme dengan pakar industri rekabentuk terkemuka Jepun ini adalah melalui telefon pintar realme X50 5G yang dilancarkan baru-baru ini.
realme X50 5G Master Edition hadir dengan reka bentuk panel belakang yang berinspirasikan bulatan dan garisan.
Dua edisi realme X50 5G Master Edition adalah X50 5G Master Edition : Dot dan X50 5G Master Edition : Line.
Pada tahun 2020, realme telah menyatakan komitmen untuk terus mengatasi cabaran untuk membawakan telefon pintar yang mempunyai gaya dan reka bentuk yang unik dan lebih realHIPSTER.