Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG Electronics sumbang penapis udara LG PuriCare bernilai RM82,000 kepada petugas barisan hadapan di Hospital Serdang


LG Electronics Malaysia telah menyumbang penapis udara LG PuriCare kepada Hospital Serdang dalam usaha memberikan keselesaan dan udara yang bersih kepada petugas barisan hadapan hospital.

Penapis udara LG PuriCare ini dilengkapi dengan teknologi penapis HEPA bergred industri dan Plasma Ionizer.

Penyerahan sumbangan ini telah diterima oleh Yang Berusaha Dr Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Serdang dan Nurul Insyirah Mohd Ishah, Pegawai Perhubungan Awam Hospital Serdang.

Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata, “Sebagai warganegara korporat di Malaysia, sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan kami kepada petugas barisan hadapan perubatan yang bertungkus lumus bekerja tanpa henti di saat rakyat Malaysia memerlukan mereka.

Melihat situasi sekarang, LG amat memahami bahawa pihak hospital dan para petugas memerlukan pertolongan dan sokongan. dan disebabkan ini kami LG Electronics ingin menyumbangkan penapis udara untuk ditempatkan di ruangan istirehat doktor dan juga ruangan rehat kakitangan.

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini, LG juga mengambil peluang in untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk membantu dalam menghentikan penyebaran virus dengan memandang serius terhadap saranan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  serta menjauhkan diri dari berada di tempat tumpuan ramai, menjaga jarak antara satu sama lain dan memastikan udara dalaman anda kekal bersih dan segar.

Keputusan LG untuk menyumbangkan pembersih udara terbaru mereka ke Hospital Serdang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan adalah sejajar dengan pendekatan pengeluar barangan rumah ini dalam menghasilkan ‘Teknologi yang Peduli’ (Technology that Cares’).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.