Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan RM 5 tunai dengan hanya memuaturun aplikasi e-wallet UMobile GoPayz sekarang

Dapatkan RM 5 tunai dengan hanya memuaturun aplikasi e-wallet UMobile GoPayz sekarang 3
GoPayz, e-dompet dimiliki U Mobile, akan memberikan hadiah tunai bernilai RM1 juta dengan kempen #GiveBack GoPayz.

Menerusi kempen #GiveBack ini, setiap pengguna baru yang mendaftar untuk GoPayz akan menerima tunai RM5 bermula hari ini hingga 30 Jun 2020.

Jika pengguna itu juga merupakan pelanggan U Mobile, beliau akan menerima tambahan satu lagi e-baucar bernilai RM3 dari 7-Eleven.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee, menerangkan matlamat pelancaran kempen U Mobile ini, “Memandangkan Malaysia sedang mengharungi masa mencabar, kami yakin GoPayz harus menyumbang balik kepada masyarakat.

Walaupun ia hanya RM5 setiap pengguna, kami telah menyumbang sehingga RM1 juta untuk inisiatif ini supaya mencapai seramai mungkin pengguna.

Tunai yang diterima pengguna baru GoPayz boleh digunakan untuk membeli pelbagai produk dan perkhidmatan penting menerusi aplikasi GoPayz, baik untuk insurans hayat mikro, tambah nilai mudah alih, penghantaran makanan, mahupun pembayaran zakat.”

Bagi menyertai kempen #GiveBack GoPayz, pengguna hanya perlu mendaftar untuk e-dompet ini.

Selepas pendaftaran selesai, pengguna baru akan menerima tunai RM5 didalam masa 3 hari bekerja.

Selain kempen #GiveBack GoPayz, GoPayz juga menawarkan promosi untuk premium GoLife Plus, iaitu insurans mikro yang ditaja jamin oleh SunLife Malaysia.

Pelanggan baru yang melanggan GoLife Plus hanya perlu membayar RM2 setiap bulan bagi dua bulan yang pertama.

Baru-baru ini, SunLife Malaysia telah menubuhkan Dana Bantuan COVID-19 bagi pelanggan yang terkesan dengan wabak ini.

Anda boleh memuat turun aplikasi GoPayz di: http://bit.ly/GoPayz.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.