Huawei P9 dilaporkan akan dilancarkan pada Mac 2016
Telefon pintar utama Huawei iaitu Huawei P9 yang tidak banyak diperkatakan nampaknya akan menjadi realiti pada bulan Mac tahun 2016. Ramalan tarikh pelancaran telefon pintar utama Huawei ini telah datang dari China.
Sebagai perbandingan, Huawei P8 yang merupakan telefon pintar utama tahun ini dilancarkan pada bulan April 2015 dan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Jun.
Selain itu, dengan pelancaran Huawei Mate 8 baru-baru ini, pelancaran P9 pada bulan Mac adalah sesuatu yang sesuai.
Setakat ini tidak banyak maklumat mengenai Huawei P9 ini diketahui namun ianya dijangka akan ahdir dengan pemproses Huawei Kirin 950 yang diperkenalkan pada Huawei Mate S, 4GB RAM, sensor capjari dan kamera ‘berkembar’ pada bahagian belakang dan didalam dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.
Bercakap mengenai skrin paparan Huawei P9, ianya dijangka akan memiliki skrin paparan 5.2-inci dan kami meramalkan ianya akan hadir dengan skrin paparan QHD selepas Nexus 6P menjadi telefon pintar keluaran Huawei untuk hadir dnegan skrin paparan QHD.
Bercakap mengenai harga penjualan, Huawei P9 dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih tinggi kerana kelemahan matawang dan ianya mungkin mempunyai harga penjualan sekitar RM 1999 – RM 2199.
Huawei P9 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar bulan Jun 2016 iaitu 12 bulan selepas Huawei P8 dilancarkan di Malaysia.
Selain P9, Huawei juga dijangka akan memperkenalkan dua lagi model didalam siri P9 ini iaitu P9 Lite dan P9 Max.