Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 3 akan dilancarkan dengan sensor capjari

asus-zenfone-3-mobilefokus-malaysia

Asus dilaporkan sudah mula membangunkan generasi terbaru telefon pintar utama mereka iaitu Asus ZenFone 3.

Berdasarkan maklumat daripada Taiwan, Asus ZenFone 3 yang kini didalam proses pembangunan dikatakan akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan.

Jika tepat, generasi terbaru siri Asus ZenFone yang memasuki generasi ketiga dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun dan penantian terhadap model baru ini akan membolehkanya hadir dengan ciri baru seperti sensor capjari. Maklumat ini juga pernah disahkan sendiri oleh ketua pegawai eksekutif Asus Jerry Shen pada bulan Mac yang lalu.

Telefon pintar dengan sensor capjari sudah mula diperkenalkan pada semua telefon pintar utama dan terdapat juga boleh kelas pertengahan dan bawahan juga ditawarkan dengan sensor capjari.

Sebab utama pengeluar telefon pintar mampu menawarkan sensor ini walaupun pada model yang murah adalah kerana permintaan sensor capjari yang tinggi telah menyebabkan kos sensor ini jatuh pada harga sekitar $5 (RM 21) pada tahun 2016.

Disebabkan ini, Asus juga ingin memperkenalkan sensor capjari ini pada telefon pintar utama mereka tahun hadapan.

Selain itu, sensor capjari dijangka akan disertakan pada hampir 50% telefon pintar dipasaran pada masa hadapan berbanding 30% telefon pintar sekarang.

Asus yang meramalkan akan menjual sebanyak 20 juta unit tahun ini dilaporkan akan meningkatkan sasaran mereka sebanyak 50% berbanding tahun ini dengan ramalan 30 juta unit penjualan pada tahun hadapan.

Asus juga dilaporkan akan memasuki banyak pasaran baru di Asia dan Afrika selepas berjaya memasuki pasaran di Taiwan, India, Brazil, Russia dan Asia Tenggara.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.