Berikut adalah tiga platform eWallet yang menawarkan penebusan RM 30 e-tunai Rakyat
Touch ‘n Go eWallet, Grab dan Boost merupakan platform yang menawarkan penebusan kredit RM 30 percuma dibawah Program e-Tunai Rakyat yang diumumkan pada bajet 2020 beberapa bulan lalu.
Program ini adalah inisiatif Belanjawan 2020 oleh kerajaan untuk menggalakan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia.
Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada anda seorang pengguna atau pemilik perniagaan.
Melalui program ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta yang akan diagihkan melalui satu-kali insentif digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak.
Syarat kelayakan program e-tunai rakyat ini adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan tahunan kurang dari RM 100,000.
Insentif RM 30 ini boleh ditebus daripada Touch ‘n Go eWallet, Grab dan Boost mulai 15 Januari sehingga 14 Mac 2020.
Maklumat lanjut penebusan mengikut platform > Grab| Boost | Touch ‘n Go eWallet