Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo bakal perkenalkan telefon pintar dengan 4 kamera selfie punch hole

vivo bakal perkenalkan telefon pintar dengan 4 kamera selfie punch hole 5

Vivo adalah syarikat yang sentiasa memberikan pengguna inovasi dari segi reka bentuk dan kamera melalui telefon pintar keluaran mereka.

Walaupun baru melancarkan vivo S1 sebagai telefon pintar punch-hole pertama mereka, vivo nampaknya telah mula mengorak langkah awal dengan memfailkan paten bagi beberapa reka bentuk kamera selfie punch-hole yang boleh dikatakan unik dan juga tidak masuk akal.

vivo telah memfailkan paten hakcipta bagi tiga reka bentuk kamera selfie punch-hole pada bulan Julai yang lalu dan ianya telah didaftarkan pada 27 Disember yang lalu.

vivo bakal perkenalkan telefon pintar dengan 4 kamera selfie punch hole 6

reka bentuk pertama yang difailkan paten adalah pengguna 4 kamera selfie yang diletakkan pada setiap bucu skrin manakala reka bentuk kedua memaparkan pengguna sensor dwi-kamera pada kedua-dua bucu atas yang lebih besar.

reka bentuk ketiga pula juga memaparkan penggunaan 4 sensor kamera iaitu dua sensor dibucu atas kiri dan kanan peranti.

Penawaran sehingga 4 kamera untuk selfie adalah sesuatu yang pelik kerana selain sensor utama dan sensor ultra lebar, apakah sensor yang lain boleh digunakan bagi pengambilan gambar selfie yang lebih baik.

Pada pendapat kami, vivo mungkin menawarkan tetapan tri-kamera selfie iaitu sensor utama, sensor ultrawide dan sensor potret manakala satu  lagi sensor adalah untuk pengecaman wajah yang lebih selamat tanpa perlu bergantung kepada kamera sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.