Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 3 dan Reno 3 Pro dilancarkan secara rasmi



Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo Reno 3 dan Oppo Reno 3 Pro yang mana kedua-dua model ini hadir dengan sokongan 5G namun menggunakan pemproses yang berbeza.

Oppo Reno3 Pro

Reno3 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 765G yang diumumkan baru-baru ini manakala Reno3 menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cipset MediaTek Dimensity 1000L.

Oppo Reno3 Pro hadir dengan skrin paparan punch hole OLED 90Hz berukuran 6.5-inci yang turut hadir dengan 100% DCI-P3 dan HDR10+.

Bercakap mengenai kamera, Reno3 Pro hadir dengan tetapan quad-kamera iaitu sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP + sensor hitam putih 2MP dan sensor telefoto 13MP manakala kamera selfie adalah 32MP.

Oppo Reno3 Pro turut disertakan dengan bateri berkapasiti 4,025mAh yang mempunyai sokongan 30W VOOC 4.0 yang membolehkan pengecasan ke tahap 70% didalam masa 30 minit sahaja.

Oppo Reno3 Pro turut hadir dengan ColorOS 7 yabg berasaskan Android 10, pembesar suara stereo dan akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu White, Black, Starry Night Blue dan Sunrise.

Oppo Reno3 Pro hadir dengan harga penjualan CNY 3,999(RM 2,366) bagi versi 8GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala versi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman pula ditawarkan pada harga CNY 4,499 (RM 2,661).

Oppo Reno3 Pro ini turut ditawarkan didalam versi   Pantone 2020 iaitu warna Classic Blue dimana kesemua aksesori dan kotak hadir didalam warna putih atau biru.

Oppo Reno3 Malaysia

Bercakap mengenai Oppo Reno3, ianya turut hadir dengan skrin paparan OLED 6.5 namun panel waterdrop dengan sensor selfie 32MP yang sama seperti pada model Pro.

Pada bahagian kamera, Reno3 hadir dengan tetapan kamera yang berbeza dimana sensor utama adalah 64MP dengan 8MP sensor ultrawide + 2MP sensor hitam putih dan 2MP sensor potret.

Pemproses MediaTek Dimensity 1000L ini menyokong rangkaian 5G pada kelajuan sehingga 4.7Gbps ( menyokong rangkaian dari 2G hingga 5G).

Oppo Reno3 turut hadir dengan kapasiti bateri 4,025mAh yang menyokong pengecasan pantas Oppo VOOC 4.0, sensor capjari dalam skrin dan ColorOS.

Oppo Reno3 turut hadir didalam tiga pilihan warna iaitu White, Black, Starry Night Blue, dan Sunrise dengan harga penjualan CNY 3,399 (RM 2,011) bagi versi 8/128GB dan CNY 3,699 (RM 2,188) bagi versi 12/128GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.