Oppo Reno 2 akan dibuka untuk pra-tempahan pada 16 Oktober ini
Majlis pelancaran Oppo Reno2 di Malaysia akan diadakan pada 15 Oktober ini dan Oppo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa pra-tempahan telefon pintar ini akan dibuka mulai 16 Oktober sehingga 25 Oktober 2018.
Selain pembukaan pra-tempahan, Oppo juga mengesahkan bahawa setiap pembelian Oppo Reno2 akan menerima hadiah percuma bernilai RM 318 iaitu satu unit bag galas eksklusif Reno bernilai RM 199 dan waranti perlindungan skrin bernilai RM 119.
Walaupun mendedahkan maklumat pra-tempahan Oppo Reno2 ini, Oppo Malaysia tidak memberikan sebarang harga penjualan telefon pintar ini.
menyentuh sedikit bahagaian spesifikasi Oppo Reno2 ini, ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci ( nisbah skrin 89% dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 6), pemproses Snapdragon 730G, 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Oppo Reno2 juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP f/1.7 Sony IMX586, sensor telefoto 13MP f/2.4, sensor ultra-lebar 8MP 116° darjah dan sensor mono 2MP.
Oppo Reno2 turut hadir dengan sokongan zoom hibrid 5x atau zoom digital 20x, mod penggambaran malam Ultra Dark Mode, Potrait Mode 2.0 dan rakaman video Ultra Steady.
Oppo Reno2 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan tidak lupa pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 (Type-C).
Oppo Reno2 juga hadir dengan kamera selfie pop-up shark fin 16MP yang turut hadir dengan rakaman video bokeh.
Oppo Reno2 ini dijangka akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Luminous Black dan Ocean Blue.
Segala persoalan mengenai Oppo Reno2 akan terjawab di majlis pelancaran yang akan berlangsung esok (15/10).